PERKEMBANGAN
Rangkaian bermula dengan binaan yang kecil, dengan penyambungan lebih kurang
sepuluh komputer dan satu pencetak. Teknologi yang wujud di masa itu menghadkan
bilangan komputer yang disambung dan panjang kabel komunikasi yang boleh
dibenarkan dalam rangkaian. Di awal tahun sembilan puluhan kabel komunikasi
boleh ditarik sejauh kira-kira 600 kaki dengan penyambungan sebanyak lebih
kurang 30 komputer sahaja. Rangkaian seperti ini sesuai untuk organisasi yang
kecil dan dikenali sebagai rangkaian kawasan setempat (LAN).
LAN biasanya menghubungkan peranti dalam satu pejabat atau satu bangunan.
Satu LAN boleh dibina hanya dengan dua komputer dan satu pencetak sahaja atau
boleh diperluaskan dalam satu bangunan dengan memasukkan perisian audio dan
video. Saiz LAN adalah terhad kepada jarak beberapa kilometer sahaja. LAN
mempunyai kadar data daripada 4 Mbps sehingga 100 Mbps.
Perhubungan pengguna rangkaian dari berlainan negara telah mewujudkan
perkembangan LAN kepada rangkaian kawasan luas (WAN). WAN boleh menghantar
data, audio dan video pada jarak yang jauh sehingga merangkumi sebuah negara
atau benua atau seluruh dunia.
sila klik untuk pembelajaran seterusnya
Saturday, 15 December 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment