PENGENALAN
Rangkaian Komputer adalah sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai
nod, yang berhubungan dengan media penghubung. Nod boleh terdiri dari komputer,
pencetak atau lain-lain peranti yang menghantar dan menerima data yang
dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian. Media penghubung juga dikenali
sebagai media komunikasi.
Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an,
iaitu ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika
Syarikat. Pada hari ini, terdapat pelbagai jenis rangkaian, antaranya rangkaian
kawasan setempat (LAN) dan rangkaian kawasan luas (WAN). Rangkaian yang paling
besar di dunia ialah Internet.
Saturday, 15 December 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment