Pages

Labels

Saturday, 15 December 2012

Komponen-komponen untuk LAN



B. Komponen-komponen untuk LAN
1. Komputer pelayan (Server)
Biasanya terdiri daripada sistem jenis Pentium Celeron 333A. 64MB SDRAM, 4GB cakera keras, 15' monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive, Kad Antaramuka Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad bunyi 16 bit 3D

2. Stasen kerja (Workstation)
Biasanya terdiri daripada sistem jenis 486 ke atas, 16MB RAM, 540MB cakera keras, 15' monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive, Kad Antaramuka Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad bunyi 16 bit 3D.

3. Network Interface Card/ Kad Antaramuka Rangkaian (NIC)
NIC perlu diinstal di setiap komputer dan disambung ke rangkaian dengan kabel atau sinar infra merah. Berikut adalah beberapa jenis NIC.

  • ·         Ethernet Card -Contoh :3Com (RM 350), D-Link (RM 220),
    10Base (RM 120)
  • ·         Token Ring Card
  • ·         LocalTalk Connector


4. Kabel
Terdapat 4 jenis kabel yang biasa digunakan. Berikut adalah perbandingan antara kabel-kabel dari segi keserasian dan kemampuannya.
Bil
Jenis Kabel
Keserasian
Ethernet
Token Ring
Arcnet
FDDI
I
Coaxial
Ya
Tidak
Ya
Tidak
II
Shieled Twisted Pair (STP)
Ya
Ya
Ya
Tidak
III
Unshieled Twisted Pair (UTP)
Tidak
Ya
Ya
Tidak
IV
Fiber Optic
Tidak
Ya
Ya
Ya

Jadual Keserasian Kabel dengan Protokol
Bil
Jenis Kabel
Kecekapan
Kelajuan
Ketahanan
Harga
I
Coaxial
Cepat 
Lebih Baik
Sedang
II
Shieled Twisted Pair (STP)
Lebih cepat 
Baik
Rendah
III
Unshieled Twisted Pair (UTP)
Dapat diterima 
Terpengaruh oleh interferen elektromagnetik
Terendah
IV
Fiber Optic 

Paling laju
Kebal terharap interferen elektromagnetik 
Tertinggi

Jadual Kecekapan Kabel
Soket (Connector)

Jenis Kabel
Jenis Soket
I
Coaxial
BNC dan BNC T-Connector 
II
Shieled Twisted Pair (STP)
RJ-45 
III
Unshieled Twisted Pair (UTP)
RJ-45
IV
Fiber Optic
ST Connector, SC Connector

 
Alat tambahan

a) Pengacip khas (Crimping)- RM50 : Untuk klip wayar dan masukkan  wayar ke dalam soket.

b) Penguji rangkaian (Network tester): Untuk menguji sambungan wayar.

Rangkaian Tanpa Wayar(Wireless network)

Rangkaian Tanpa Wayar berfungsi dengan menggunakan frekuensi gelombang radio atau pancar infra merah untuk berhubung di atnatara satu sama lain. Tujuan rangkaian ini adalah untuk kemudahan pengguna komputer buku(notebook), komputer tangan (palmtop) dan PDA (personal digital assistant) yang bergerak dalam sebuah bangunan. Terdapat tiga cara untuk menggunakan rangkaian tanpa wayar iaitu Secara tetap (stationary), Peer to peer dan bergerak (roaming).

Kelemahan rangkaian ini ialah kosnya tinggi(3 kali ganda lebih daripada rangkaian berwayar), mudah terganggu oleh gelombang radio dan golombang mikro, lambat dan terpaksa mencari titik capaian yang lain untuk meneruskan perkaitan dengan LAN jika isyarat menjadi lemah.

Perkakasan asasnya ialah penyesuai tanpa wayar (Wireless adapter) dan titik capaian (access point), perisian rangkaian( Novell Netware, LANtastic)

5. Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating Syatem(NOS)
·         Sistem Operasi Rangkaian bertanggungjawap ke atas:

  • ·         Mengarahkan lalu-lintas data pada rangkaian.
  • ·         Membenarkan dan menghalang pemindahan data antara workstation.
  • ·         Mengelolakan aliran data di antara berbagai workstation yang berbeza(tidak selasi)
  • ·         Mengelola permintaan layanan printer.
  • ·         Mengelola permintaan dan pesanan di antara pengguna rangkaian.
  • ·         Mengelolakan hubungan di antara jaringan dan lokasi-lokasi jarak jauh.

Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98, Windows NT, Novell Netware dan UNIX

6. Hab(Hub)
    Hab digunakan untuk menjadi pusat kepada rangkaian bintang (Star). Ia digunakan untuk mengawal trafik aliran data dan maklumat dalam rangkaian. Contoh Ethernet Hub 8ports (RM200), Ethernet Hub16ports (RM400),10Base8 ports (RM550), 10Base16ports (RM1200)

7. Bridge dan gateways
Untuk menyambungkan dua atau lebih rangkaian satu bridge perlu disediakan untuk antaramuka (interface) yang serasi. Manakala satu gateway perlu digunakan untuk antaramuka yang berbeza dari segi pekakasan dan perisian.

8. Router
Router digunakan untuk meterjemahkan maklumat di antara rangkaian yang berasingan. Router tahu alamat bridge dan komputer bagi kedua-dua rangkaian yang berhubung. Kebaikan router ialah

  • ·         Menguruskan penghataran isyarat dengan berkesan.
  • ·         Menghanter maklumat di antara dua protocols atau rangkaian.
  • ·         Menghanter maklumat di antara topologi LAN yang berlainan.
  • ·         Menghanter maklumat di melalui jenis kabel yang berbeza.


9. Perisian aplikasi
    Perisian versi rangkaian perlu untuk penggunaan bersama dan memudahkan rangkian dikawal oleh perisian rangkaian. Contoh perisian aplikasi, Excel, Lotus 1-2-3, Word, WordPerfect dll.



No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text